Sabtu, 9 Mei 2009

31 thn ALTANTUYA DI JPM ( 6 may 2009 )

foto di tag dari blog black,waktu ni baru sampai dan baru terima kek tuya dari seorang teman yang menyambut kehadiran saya dan teman2 di tempat packing,hadapan jpm...


ini adalah antara aksi polis apabila dapat merampas kek tuya dari salah seorang teman yang waktu itu sudah menggambil kek itu daripada saya.....




laa...dah kono tangkap lah plak....waktu tu saya pikir gak apo plak puncoooo eh saya ditangkap ni..yer lah nak wat cam mana,kena lah tenang.....setelah di siasat dan saya dibebaskan ke esokkan harinya dengan jamin mulut sebanyak rm2000 dari seorang penjamin.(nak bagi tau gak lokap putrajaya ada ekon...) apabila saya pikir2 saya rasa sebab saya ditangkap,kerana saya kata pada polis yang nak rampas kek tu la..."jangan lah buek macam tu...bondo makan tu...." ker saya salah cakap tak boleh cakap negeri sembilah kat putrajaya??? tapi yang nyata lepas saya cakap ayat tu saya terus diarahkan ditangkap....siapa yang tenggok live atau rakaman kejadian itu pasti boleh menilai adakah patut? lu.....pikir lah sendiri..... o.k ada hal lah,nanti kalau ada apa2 nanti saya tulis lagi...













Isnin, 27 April 2009

SELSEMA BABI....

kini dunia dikejutkan lagi oleh satu virus yang dikenali sebagai selsema babi.menurut dari apa yang dilaporkan oleh pakar2 kesihatan dunia virus ini lagi bahaya dari virus selsema burung yang melanda pada seketika dahulu.virus ini lagi senang dijangkiti dengan bermacam2 cara termasuk dengan sentuhan.
dengan ini saya menggesa pada sesiapa yang boleh membawa usul kepada pihak kerajaan supaya lebih memberi tumpuan kepada isu ini...saya tak menafikan pihak kerajaan sedang membuat kawalan pada pintu masuk kenegara ini....apa yang saya lihat kawalan hanya ditumpukan pada pelancung luar yang tiba dinegara ini......
apa yang ingin saya katakan disini adalah supaya kerajaan membuat kawalan yang ketat disetiap tempat penerimaan kargo dan tempat transit cargo yang ada dinegara kita ini.....apa yang saya lihat di sini di klia kargo ( tempat kerja saya ) langsung tak ada apa2 pun usaha untuk memantau supaya virus ini tak masuk kenegara kita....boleh dikatakan kargo yang masuk kenegara ini datangnya dari seluruh pelusuk dunia,tak mustahil virus ini boleh masuk melalui kargo/barang tak semistinya dengan manusia sahaja....
memandangkan keadaan negara kita ini dengan ekonomi,politik,jenayah dan mcm2 lagi buat masa ini tak mustahil negara tercinta ini diduga oleh allah dengan kebesaran yang ada padanya....( AWAS SELSEMA BABI )

Khamis, 5 Mac 2009

APA ALASAN SELANJUTNYA????





Akhbar: Najib jumpa Altantuya di kelab
Mar 5, 09 3:20pm
Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan. Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

Selasa, 3 Mac 2009

LAKSAMANA DO RE MI


Kisah laksamana do re mi sikit lebih kurang macam apa yang belaku di perak....kalau dalam cerita itu istana raja pasir berdengung tinggal dibawah pokok besar,disebabkan oleh kezaliman jason king dan askar2nya...
sebaliknya diperak pula speaker dun terpaksa membuat sidang dun dibawah pokok,kerana larangan oleh kerajaan BN/UMNO diperak supaya untuk memastikan sidang tergempar itu tak dapat dilakukan...marilah sama2 kita lihat apa kesudahan cerita diperak ini,mungkinkah ada nanti yang tiba2 muncul sebagai DO RE MI yang dapat mengembalikan hak pada yang punya hak.....zam,zam alakazam........

PROGREM MAHABBAH SENAWANG INDAH







pada hari ahad yang lepas bersama2 dengan yb taufek dan warga kerja dun paroi serta penduduk taman senawang indah,mengikuti progrem mahabbah yang bertajuk motivasi keluarga bahagia...



selain dari yb taufek jemputan/penceramah turut hadir yb drs.zainudin ( adun limbongan kelantan ) & ust.rozali mohamad ( bekas adun permaisuri terengganu )



selain dari ceramah motivasi turut diadakan pertandingan mewarna bagi anak2 kecil taman....kira layan gak dah lama tak join progrem macam nie....penceramah jemputan pun pandai masuk tentang cerita2 semasa....



tahniah buat warga kerja dun paroi dan jawatankuasa surau taman senawang indah kerana berjaya menganjurkan progrem seperti ini,di harap dapat diteruskan dari masa ke semasa.....

Sabtu, 14 Februari 2009

CERAMAH PENERANGAN ISU PERAK DI REMBAU

Orang gombau dah bosan dengan putar belit media BN..

Dengan semangat chegubard memberikan penerangan..

Isu perak ini banyak membuatkan orang rembau bangkit dan bosan dengan mainan media BN yang memutar belitkan cerita sebenar apa yang berlaku...saya difahamkan pada malam itu juga rakyat rembau meminta lebih banyak lagi progrem penerangan seperti ini diadakan dari masa ke semasa....

JANGAN CAMPUR TANGAN




Dengan harapan pihak mahkamah dapat mengendalikan sesuatu kes dengan bijak dan adil...


Rakyat perak khususnya ingin melihat tindakan dato'sri nizar memfailkan kes kepada mahkamah tinggi kuala lumpur baru2 ini,dapat ditangani dengan baik.


Jangan ada ganguan tangan2 ghaib yang boleh membawa kepada satu keputusan yang nampak macam memperlekehkan undang2 negeri/negara yang sedia ada...ini waktunya rakyat ingin melihat sejauh mana ketelusan undang2 yang ada di dalam negara ini,jangan sampai rakyat pula memperlekehkan undang2.


Jesteru itu kita sebagai rakyat malaysia dan perak khususnya teruskan menggikuti apa kesudahan kes kemelut di perak ini..perkara ini adalah penting supaya boleh kita jadiakan teladan sebagai seorang rakyat...