Rabu, 4 Februari 2009

DEMO PEMANDU TEKSI LCCT



salinan repot yang di buat oleh en.abd.hadi pengurusi pkpt lcct..

sidang media bersama wartawan berita harian,oleh en.madavan
timbalan pengurusi pkpt lcct






Pada waktu saya hendak masuk kerja petang tadi kira2 pukul 3 lebih,saya lihat ada ramai pemandu teksi sedang berdemo disekitar kawasan letak teksi lcct yang berhampiran simpang masuk kargo...tapi apakan daya saya tak dapat nak join sebab nak masuk keja walaupun hati ini meronta2 nak join rasanya...nampaknya macam best gak ramai gak peserta nampaknya tambah ngan polis lagi....


Lebih kurang pukul 7 lebih seorang pemandu lori dari tempat kerja saya pulang ke office bagi tau saya di depan sana ada ramai orang dan polis macam buat bantahan jer nampaknya...tambahnya mungkin bantah pasal kes kat perak tu kot!!mak ai saya dengar macam tu lagi saya menggelintin nak pergi,tak leh tahan nak pergi gak nak tahu apa yang belaku disana....waktu saya kesana keadaan agak tenang sikit nampaknya meraka semua berkumpul kat kedai wak yang berhampiran situ...( sebab dah masuk waktu magrib )


Kedai wak tu memang biasa la memang tempat pot dia orang pun,dan tempat saya makan hari2 kat situ.. lalu saya tanya brader tu,apa yang jadi tadi? yer lah dia pun bisa tenggok saya kat situ lalu dia cerita kat saya yang dia orang semua dari petang tadi membuat bantahan tentang ketidak puashatian mereka kepada pihak pengguatkuasa JPJ yang semenjak kebelakang ini seolah2 ingin menginaya mereka.JPJ banyak menggenakan saman pada mereka sewaktu ingin menggambil penumpang diterminal LCCT sedangkan masaalah ini tak pernah berlaku disitu.Selain itu dakwa beliau pihak JPJ tak ada pun ambil tindakan kepada teksi awam yang selepas menghantar penumpang lalu menggambil penumpang disitu? sedangkan perbuatan itu terang2 menyalahi peraturan disitu...( teksi luar tak boleh ambil penumpang di lcct,hantar boleh )


Lagi dakwa beliau tentang pembahagian permit pada bas2 yang cap AIR ASIA tu,difahamkan cuma 10 permit sahaja yang dikeluarkan oleh LPKP tertapi bas yang menjalankan operasi disitu tak kurang dari 30 buah mungkin lebih jelasnya lagi...yang jadi hairan tu bas2 ini macam tahu2 jer kalau JPJ nak buat operasi,semua yang tak ada permit tu langsung tak keluar!! ( kalau tak ada orang dalam tak mungkin kot? ) kalau dah main orang dalam tu apa cap eh tu???rasuah lah apa lagi....


Tambah beliau yang membuat keadaan bertambah tegang pada petang tadi kerana salah seorang dari pihak LPKP yang menyatakan tindakan pemandu2 hari ini tak ubah macam MONYET,rasanya kalau tak ada polis tadi tak tahu lah apa akan jadi ngan pegawai tersebut kot!!! Berhubung dengan tindakan JPJ tadi satu repot polis telah dibuat atas dakwaan menghalang dan mengugut pemandu teksi LCCT supaya tak boleh menggambil penumpang booking sama ada keluar dan masuk,jelasnya lagi....


Rata2 keluhan yang saya dapati disitu tadi adalah seperti sampai ada pemandu yang terpaksa menunggu di kedai wak/tempat packing satu hari kerana cuma untuk mendapatkan 1 trip,ada yang tak balik rumah,ini semua kerana penumpang dah habis dikebas oleh bas, yang dipercayai ada kroini yang terlibat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan