Sabtu, 14 Februari 2009

CERAMAH PENERANGAN ISU PERAK DI REMBAU

Orang gombau dah bosan dengan putar belit media BN..

Dengan semangat chegubard memberikan penerangan..

Isu perak ini banyak membuatkan orang rembau bangkit dan bosan dengan mainan media BN yang memutar belitkan cerita sebenar apa yang berlaku...saya difahamkan pada malam itu juga rakyat rembau meminta lebih banyak lagi progrem penerangan seperti ini diadakan dari masa ke semasa....

JANGAN CAMPUR TANGAN




Dengan harapan pihak mahkamah dapat mengendalikan sesuatu kes dengan bijak dan adil...


Rakyat perak khususnya ingin melihat tindakan dato'sri nizar memfailkan kes kepada mahkamah tinggi kuala lumpur baru2 ini,dapat ditangani dengan baik.


Jangan ada ganguan tangan2 ghaib yang boleh membawa kepada satu keputusan yang nampak macam memperlekehkan undang2 negeri/negara yang sedia ada...ini waktunya rakyat ingin melihat sejauh mana ketelusan undang2 yang ada di dalam negara ini,jangan sampai rakyat pula memperlekehkan undang2.


Jesteru itu kita sebagai rakyat malaysia dan perak khususnya teruskan menggikuti apa kesudahan kes kemelut di perak ini..perkara ini adalah penting supaya boleh kita jadiakan teladan sebagai seorang rakyat...


Khamis, 12 Februari 2009

PBB PUN SURUH MANSUHKAN ISA!!!!!


Rekod hak asasi M'sia dipersoal di PBB
Feb 11, 09 11:32am
dikemaskini Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pemimpin politik dan layanan buruk terhadap pendatang asing harus menjadi isu utama mempersoalkan rekod hak asasi manusia Malaysia.Hari ini, Malaysia buat pertama kali akan dihadapkan ke panel antarabangsa di Geneva untuk semakan rekod pelanggaran hak asasi manusia - amalan setiap empat tahun bagi semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).Semakan itu akan dibuat di peringkat Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Badan antarabangsa pejuang hak asasi Human Rights Watch (HRW) berkata proses semakan di kalangan anggota PBB ini harus mendesak Malaysia bertanggungjawab atas semua bentuk pelanggaran tersebut, termasuk pada pelarian, pendatang haram dan penahanan tanpa bicara."Negara-negara anggota PBB patut mencabar Malaysia memansuhkan ISA, sama ada (mendesaknya) mendakwa atau membebaskan kesemua tahanan," kata seorang timbalan pengarahnya, Elaine Pearson.Penggunaan akta kontroversi itu – antaranya terhadap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, pemimpin DAP Teresa Kok dan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) – atas nama "keamanan, keselamatan dan kestabilan" menyalahi pelbagai piawaian hak asasi dunia, katanya lagi. Berhubung layanan terhadap pendatang asing, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mendapat kritikan keras kerana didakwa melakukan pelbagai penganiyaan fizikal, mengancam dan memeras."Seorang tahanan memberitahu HRW bagaimana Rela melayan mereka 'seperti binatang', menendang dan menumbuk tahanan tanpa alasan yang jelas. "Seorang lagi pendatang menjelaskan beliau dipukul oleh pegawai Rela sehingga tidak dapat berjalan beberapa hari," kata Elaine.HRW juga berkata, Malaysia masih gagal menandatangani pelbagai perjanjian hak asasi manusia yang utama.

Rabu, 4 Februari 2009

DEMO PEMANDU TEKSI LCCT



salinan repot yang di buat oleh en.abd.hadi pengurusi pkpt lcct..

sidang media bersama wartawan berita harian,oleh en.madavan
timbalan pengurusi pkpt lcct






Pada waktu saya hendak masuk kerja petang tadi kira2 pukul 3 lebih,saya lihat ada ramai pemandu teksi sedang berdemo disekitar kawasan letak teksi lcct yang berhampiran simpang masuk kargo...tapi apakan daya saya tak dapat nak join sebab nak masuk keja walaupun hati ini meronta2 nak join rasanya...nampaknya macam best gak ramai gak peserta nampaknya tambah ngan polis lagi....


Lebih kurang pukul 7 lebih seorang pemandu lori dari tempat kerja saya pulang ke office bagi tau saya di depan sana ada ramai orang dan polis macam buat bantahan jer nampaknya...tambahnya mungkin bantah pasal kes kat perak tu kot!!mak ai saya dengar macam tu lagi saya menggelintin nak pergi,tak leh tahan nak pergi gak nak tahu apa yang belaku disana....waktu saya kesana keadaan agak tenang sikit nampaknya meraka semua berkumpul kat kedai wak yang berhampiran situ...( sebab dah masuk waktu magrib )


Kedai wak tu memang biasa la memang tempat pot dia orang pun,dan tempat saya makan hari2 kat situ.. lalu saya tanya brader tu,apa yang jadi tadi? yer lah dia pun bisa tenggok saya kat situ lalu dia cerita kat saya yang dia orang semua dari petang tadi membuat bantahan tentang ketidak puashatian mereka kepada pihak pengguatkuasa JPJ yang semenjak kebelakang ini seolah2 ingin menginaya mereka.JPJ banyak menggenakan saman pada mereka sewaktu ingin menggambil penumpang diterminal LCCT sedangkan masaalah ini tak pernah berlaku disitu.Selain itu dakwa beliau pihak JPJ tak ada pun ambil tindakan kepada teksi awam yang selepas menghantar penumpang lalu menggambil penumpang disitu? sedangkan perbuatan itu terang2 menyalahi peraturan disitu...( teksi luar tak boleh ambil penumpang di lcct,hantar boleh )


Lagi dakwa beliau tentang pembahagian permit pada bas2 yang cap AIR ASIA tu,difahamkan cuma 10 permit sahaja yang dikeluarkan oleh LPKP tertapi bas yang menjalankan operasi disitu tak kurang dari 30 buah mungkin lebih jelasnya lagi...yang jadi hairan tu bas2 ini macam tahu2 jer kalau JPJ nak buat operasi,semua yang tak ada permit tu langsung tak keluar!! ( kalau tak ada orang dalam tak mungkin kot? ) kalau dah main orang dalam tu apa cap eh tu???rasuah lah apa lagi....


Tambah beliau yang membuat keadaan bertambah tegang pada petang tadi kerana salah seorang dari pihak LPKP yang menyatakan tindakan pemandu2 hari ini tak ubah macam MONYET,rasanya kalau tak ada polis tadi tak tahu lah apa akan jadi ngan pegawai tersebut kot!!! Berhubung dengan tindakan JPJ tadi satu repot polis telah dibuat atas dakwaan menghalang dan mengugut pemandu teksi LCCT supaya tak boleh menggambil penumpang booking sama ada keluar dan masuk,jelasnya lagi....


Rata2 keluhan yang saya dapati disitu tadi adalah seperti sampai ada pemandu yang terpaksa menunggu di kedai wak/tempat packing satu hari kerana cuma untuk mendapatkan 1 trip,ada yang tak balik rumah,ini semua kerana penumpang dah habis dikebas oleh bas, yang dipercayai ada kroini yang terlibat....

DUGAAN TUHAN

Sepertimana yang kita ketahui, pergolakan di perak sekarang ini adalah satu dugaan tuhan keatas pr yang sedang mentakbir negeri...pada pendapat saya dan teman2 bahawa tindakan adun bota itu ada sepak mula permainan lompat melompat yang disusun rapi oleh najib dan barisannya....
Apa yang belaku hari ini terang2 kita lihat najib membelakangkan undang2 tubuh negeri,yang dia dengan bangganya mengistiharkan bn boleh menubuhkan kerajaan dinegeri itu,dengan adanya cukup kerusi adun yang menyokong bn.Sedangkan rakyat masih lagi mencari kebenaran keatas perkara2 yang dibangkitkan dinegeri itu...seperti apa punca kehilangan 2 adun pr,akuan sumpah saudara fauzi,surat perletakan jawatan, apa punca tajol rosli meletakan jawatan sedangkan pada mulanya dia menafikannya...dan mungkin ada banyak lagi yang saya tak tahu...
Saya merayu seluruh rakyat berdoa kepada tuhan diperbuka hati sultan supaya dapat mempertimbangkan permintakan mb supaya pilihan raya diadakan semula...tuntutan ini dilihat adalah satu perjalanan kearah demokrasi yang baik ditunjukan oleh pakatan.Dengan ini adalah lebih adil kepada seluruh pengundi diperak khususnya...dengan harapan sultan menggambil kira dari sudut permintakan rakyat supaya undian semula dilaksanakan,mungkin macam2 boleh berlaku sekiranya permintakan rakyat ini ditolak.
Bagi pihak berkuasa khususnya polis tolong jalankan tanggungjawab anda dengan baik dan jujur jangan pula anda memulakan provokasi keatas rakyat yang inginkan kebenaran dan keadilan semata2...( ingat tuhan maha berkuasa )

Ahad, 1 Februari 2009

LOMPAT MELOMPAT PARTI

Pada pendapat saya yb yang terlibat ini janganlah kamu sia-sia kan perjuangan kamu selama ini.
apa gunanya kamu melompat sebab desakan2 pihak tertentu dan kami di luar ini sokong kamu kalau kamu dah tak sangup untuk meneruskan perjuangan ini dengan cara kamu meletakan jawatan sebagai adun dikawasan kamu...
Dengan tindakan bodoh yang kamu lakukan ini yang boleh menyebabkan seluruh penggundi PR dinegeri perak berasa marah terhadap kamu dan tak mustahil ada yang berdoa kepada tuhan supaya minta petunjuk, tak kurang juga ada yang menyumpah kamu dan macam2 lagi....

kepada rakyat malaysia yang menggikut perkembangan ini cuba fikir secara logik fakta2 ini.
1) kenapa selepas adun bota masuk pkr baru timbul isu ini?
2) kemana perginya adun ini selama 4 hari?
3) kenapa adun yang ada kes yang dikaitkan?
4) mula2 nak lompat masuk umno,lepas tu nak jadi bebas dan tiba2 letak jawatan
la...plak!!
5) kenapa apabila najib ambil alih tampuk pimpinan umno negeri perak baru
timbul isu ini?
Pada sesiapa yang tahu semua muslihat dalam isu ini marilah sama2 kita membuktikan semua ini adalah permainan kotor pihak politik yang ada dinegara kita sekarang....dan pada geng2 yang terlibat secara lagsung dan tak langsung dah cukup2 lah...ingat tuhan sikit!!!