Khamis, 5 Mac 2009

APA ALASAN SELANJUTNYA????





Akhbar: Najib jumpa Altantuya di kelab
Mar 5, 09 3:20pm
Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan. Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

Selasa, 3 Mac 2009

LAKSAMANA DO RE MI


Kisah laksamana do re mi sikit lebih kurang macam apa yang belaku di perak....kalau dalam cerita itu istana raja pasir berdengung tinggal dibawah pokok besar,disebabkan oleh kezaliman jason king dan askar2nya...
sebaliknya diperak pula speaker dun terpaksa membuat sidang dun dibawah pokok,kerana larangan oleh kerajaan BN/UMNO diperak supaya untuk memastikan sidang tergempar itu tak dapat dilakukan...marilah sama2 kita lihat apa kesudahan cerita diperak ini,mungkinkah ada nanti yang tiba2 muncul sebagai DO RE MI yang dapat mengembalikan hak pada yang punya hak.....zam,zam alakazam........

PROGREM MAHABBAH SENAWANG INDAH







pada hari ahad yang lepas bersama2 dengan yb taufek dan warga kerja dun paroi serta penduduk taman senawang indah,mengikuti progrem mahabbah yang bertajuk motivasi keluarga bahagia...



selain dari yb taufek jemputan/penceramah turut hadir yb drs.zainudin ( adun limbongan kelantan ) & ust.rozali mohamad ( bekas adun permaisuri terengganu )



selain dari ceramah motivasi turut diadakan pertandingan mewarna bagi anak2 kecil taman....kira layan gak dah lama tak join progrem macam nie....penceramah jemputan pun pandai masuk tentang cerita2 semasa....



tahniah buat warga kerja dun paroi dan jawatankuasa surau taman senawang indah kerana berjaya menganjurkan progrem seperti ini,di harap dapat diteruskan dari masa ke semasa.....