Sabtu, 24 Januari 2009

lawatan ke kampung orang asli cu Y rembau..




Pada pagi tadi kira2 pukul 11.30 pagi kami dari keADILan rembau bersama ketua bahagian che'gubard sempat pergi melawat disatu perkampungan orang asli dirembau.Tibanya kami disitu kami disambut oleh tok batin (ketua kampung) dan terus dibawa kerumah beliau...Tujuan kami kesitu selain melawat penghuni kampung tersebut,adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan orang ramai seperti pakaian dan mainan kanak2....


Dalam perbualan kami dengan tok batin tersebut terkeluarlah satu isu yang nampaknya tok batin sendiri rasa tak senang dengan apa yang berlaku....ia itu tentang penggurusan pengangkutan anak2 penduduk kesekolah...kata beliau orang yang mendapat tender pengangkutan dari jabatan adalah orang luar dari kawasan rembau...sedangkan ada yang berhak yang datangnya dari kalangan orang sekitar rembau.....yang lebih disenangi oleh penduduk kampung tersebut,katanya bas yang digunakan adalah cuma bas kilang,nie nak bawa budak sekolah ker budak kilang? Tambahnya lagi anak2 cuma diturunkan di tepi jalan besar dan terpaksalah anak2 itu jalan kaki kedalam kira2 2 ke 3 kilomiter jauhnya...."ni apa cita nie nak nolong ker nak nyusahkan?" nilah contohnya cara jabatan memberi pertolongan dan lepas tu tak ambil tahu apa masaalah yang dihadapi keatas service yang di berikan....


Kemudian kami dibawa kesebuah rumah berhampiran yang kebetulan ibu itu baru mendapat cahaya mata yang ke2 baru 3 hari....che'gubard terperanjat nenggok ibu yang baru bersalin 3 hari dah kuat,boleh turun naik bukit!!!sempat juga dia minta pertua ngan suami perempuan itu...sebelum kami beredar rengan gak tangan che'gubard sempat menyeluk sakunya lalu memberi kepada anak yang baru lahir tu.....jangan tersilap solok dah la...macam banyak yor nampak eh tu,kang kok nyosa!!!tegur si itik teman kami yang turut sama2 disitu....

Jumaat, 23 Januari 2009

masih di tempat kerja

sekarang kurang 10 minit lagi nak pukul 6 pagi,dalam nak menunggu hari cerah sikit buka email, la...baru saya ingat zizie ada suruh saya foto copy ni senarai nama orang yang nak di hubungi dalam kawasan rembau.

kat senarai tu ada menyebut "BERHENTI MENGELUH! KITA BINA PASUKAN AMPUH! AYUH ! SERTAI PARTI KEADILAN RAKYAT BAHAGIAN REMBAU"

pada sesiapa yang masih belum jadi ahli tu apa tungu lagi...mari join kami,kok tak masuk tak tahu apa itu perjuangan dalam parti...dalam keadaan malaysia sekarang ni elok lah ambil tahu sikit pasal politik,jangan dok diam yer apo di buek eh dek orang2 memontingkan diri dan kronie dio yor....jangan jadikan diri anda salah seorang dari yg tertindas....kok nak kono tindeh pun biarlah melawan bak kato PAK NUAR eh LAWAN TETAP LAWAN!!!!!

marilah samo2 kito tambah laie kekuatan kito dalam bahagian gombau nie....sebolom tu se nak ingatkan jangan plak harapkan apa2 imbuhan plak!!bak kato sani eh "HABUAN BUKAN PENGGUKUR PERJUANGAN" kito berjuang untuk rakyat dan tanah air kito,tolak kezaliman.....nie saya sertakan list nama kempen keahlian...

Selasa, 20 Januari 2009

sebahagian sebab kekalahan BN di KT

Dengan kesempatan ini saya ingin berkongsi pendapat tentang sebabnya BN tewas di KT...
Seperti mana yang dilihat semenjak keputusan itu,geng2 pimpinan umno/bn saling menunding jari diantara satu sama lain.....adakah itu lazimnya cara parti pemerintah untuk menyalesaikan masaalah??
Pada PRK saya dan teman2 dari rembau turut sama2 serta dalam kempen tersebut untuk membantu calon dari PR....semasa kami pergi dari rumah ke rumah saya dapati rata2 penduduk dikawasan KT perkara yang sama....

Dari sudut hati pengundi dikawasan KT
  1. calon yang diketengahkan dianggap sombong...
  2. dah sampai nak pilihan raya baru nak bantu rakyat setempat
  3. penduduk dah meluwat dengan cara bn berkempen dengan menggunakan terus media....dan tanpa memberi ruwang kepada pihak lawan....
  4. isu2 yang di ketenggahkan oleh pihak lawan masih lagi tak di jawab oleh yang bekenaan..
  5. menteri2/yb2 BN dilihat terlalu protokol dan tak mesra rakyat kalau hendak dibezakan dengan yb2 dari PR jauh lagi mudah untuk bergaul dengan penduduk dan mendengar rintihan penduduk...

ini adalah sebahagian dari rintihan dari hati penggundi KT...apabila kumpulan kami bertanya apakah mereka akan menggundi PR jawab mereka YA kali nie kami kena tukar wakil kami didewan rakyat...dari kata2 itu kami anggap mereka semasa PRU 12 menggundi bn dan kali ini diorang mahu tukar....dan ada juga yang menyatakan tak akan keluar menggundi....mungkin ini orang umno/bn yang kecewa dengan cara dan sikap pemimpin atasan....

dengan ini diingatkan calon PR yang dipilih janganlah sampai lupa...kuasa rakyat boleh menjatuhkan kuasa yang anda ada.....